Kitco Live GOLD

HARGA EMAS SEMASA

2 5

Wednesday 24 August 2011

ISU EMAS: MENGAPA HARGA EMAS MELAMBUNG TINGGI

APAKAH FAKTOR PENDORONG NYA


APA ITU LOGAM EMAS


·                     Emas adalah unsur Logam yang terdapat dalam persekitaran semula jadi, kebanyakannya dalam "Urat Kuarza" dan lain-lain "Deposit Alluvium" tertentu dan boleh didapati dalam keadaan bebas atau dalam kombinasi dengan Logam lain.
·                     Emas sebagai Logam berharga, telah di hargai dan di berikan Penghargaan yang tinggi sejak zaman dahulu kala dan masih merupakan salah satu Logam yang sangat berharga sepanjang zaman serta telah di gunakan untuk melambangkan kekayaan dan kuasa.
·                     Beberapa spekulasi bahawa Emas mungkin Logam terawal yang di ketahui kerana ia telah di jumpai dalam makam dan di kalangan artifak yang bertarikh ke tamadun silam.
·                     Mudah di bentuk, di ukir, di cair, di pahat atau di hias, Emas adalah salah satu Logam yang paling lembut, terpadat yang pernah wujud.
·                     Kerana ia begitu lembut, ia adalah teraloi dengan mineral lain seperti perak dan platinum untuk menjadikan nya lebih kuat dan lebih tahan lama.
·                     Ia adalah Logam yang paling sering di gunakan untuk barang kemas dan tukang-tukang lain kerana fleksibiliti dan ketahanan dan ia tidak mudah di pengaruhi oleh kelembapan, haba yang normal, udara, atau di pakai setiap hari 
·                     Kerana Emas adalah konduktor elektrik dan haba yang sangat baik, ia di gunakan secara meluas untuk tujuan industri dan Aplikasi Pengilangan.
·                     Emas pernah di gunakan secara meluas sebagai gigi palsu dan tampalan gigi kerana demeaner lembut dan kemudahan untuk membentuk. 
·                     Walaupun ia masih di gunakan di beberapa aplikasi pergigian, ia tidak di gunakan untuk tujuan pergigian yang meluas hari ini.
·                     Lain-lain kelaziman kegunaan Emas adalah termasuk penyelidikan biologi dan perubatan, pengimejan fotografi, dan kerana ia mempunyai rintangan yang tinggi hakisan, ia di gunakan dalam instrumen sensitif dan lain-lain Peranti Mekanikal.
·                     Emas menjadi salah satu Logam yang paling berharga di dunia, anda di jamin mendapat durian runtuh apabila anda menjual barang kemas daripada Emas. 

EMAS SEBAGAI ASET TETAP


·                     Selain daripada Individu, Emas juga di gunakan oleh kebanyakan Negara untuk memantapkan Nilai Mata Wang Negara masing-masing dimana Nilai mata Wang "Di Ikat" dengan Jumlah Nilai Emas yang di miliki oleh sesebuah Negara.
·                     Emas juga di jadikan sebagai Logam terpenting untuk Menyimpan Kekayaan Negara kerana Emas memiliki Nilai Pasaran yang sangat Mantap dan tidak mudah Jatuh Nilai nya di dalam Turun Naik Ekonomi Dunia.
·                     Ini telah mendorong banyak Negara untuk Membeli dan Menyimpan Emas sebagai Langkah Keselamatan jika berlaku Kegawatan Ekonomi yang melanda Dunia.



KRISIS EKONOMI DUNIA


·                     Apabila Dunia mengalami Krisis Ekonomi yang Gawat, dimana ramai Pemimpin Dunia sudah tidak dapat untuk mengatasi dan memulihkan Ekonomi Negara masing-masing, maka Emas di jadikan sebagai ALAT untuk membantu  sesebuah Kerajaan itu untuk mendapatkan Aliran Tunai dengan Mudah.
·                     Di sepanjang 100 Tahun yang lalu, banyak Negara di Dunia ini mengalami Krisis Ekonomi di dalam Negara masing-masing dan tanpa memiliki Logam Emas sebagai SIMPANAN KHAS, Negara-Negara yang Tenat Ekonomi akan RUNTUH sama sekali.
·                     Seperti yang berlaku ke atas Negara Greece baru-baru ini dimana Beban Hutang dan Ekonomi Negara tersebut tidak dapat di selamatkan oleh Kerajaan yang memerintah di sebabkan Ketiadaan Simpanan Emas yang mencukupi.
·                     Kini Negara Greece terpaksa mendapatkan Bantuan Kewangan Khas daripada IMF - International Monetary Funds dimana Hutang Negara Greece di anggarkan sekitar USD475Billions.
·                     Dan Jumlah Hutang tersebut telah melangkau Rekod Hutang negara Russia pada Tahun 1998 yang di anggarkan sebanyak USD131Billions.


MENGAPA NILAI EMAS KINI MENINGKAT
·                     Nilai Emas telah meningkat dengan pesat di dalam Pasaran Antarabangsa di sebabkan oleh Aktiviti "Melepaskan Simpanan Emas" untuk Menjana Tunai yang di lakukan oleh banyak Negara yang bermasaalah.
·                     Dimana Nilai Pasaran Emas yang di Niaga kan pada 10-8-2011 telah mencapai Nilai USD$56.7717 Se Gram atau MYR171.8822 Se Gram.
·                     Aktiviti melepaskan Simpanan Emas ini adalah salah satu daripada Strategi Pasaran Bank Dunia untuk "Mengurangkan" Beban Pinjaman Wang kepada Negara-Negara yang bermasaalah
·                     Strategi ini di gunakan sebagai Langkah terbaik serta adalah lebih baik "Membeli" Emas mereka dengan Nilai yang lebih tinggi daripada "Memberi Pinjaman" tanpa JAMINAN BAYARAN BALIK yang KUKUH.

KESAN SAMPINGAN KEPADA UMUM
·                     Melalui Penjualan SIMPANAN EMAS NEGARA di dalam Pasaran dengan NILAI YANG DI NAIKKAN ini, telah memberikan Manfaat kepada Penyimpan-Penyimpan Emas secara Peribadi
·                     Dimana Golongan ini juga boleh mengambil kesempatan untuk menjual Simpanan Emas mereka untuk  meraih keuntungan dari Harga Emas yang tinggi.
·                     Dan Aktiviti ini telah juga dapat membantu Rakyat UMUM di seluruh Dunia untuk menjana Lebihan Wang dan boleh di gunakan untuk menjelaskan Apa juga Hutang Tertunggak.




 RUMUSAN NYA
·                     KENAIKAN HARGA EMAS yang berlaku sekarang BUKAN LAH atas sebab Permintaan untuk Logam Emas ini meningkat atau Bekalan Emas telah berkurangan di Pasaran.
·                     KENAIKAN HARGA EMAS ini di dorong oleh Penggubal-Penggubal Politik Ekonomi Dunia yang telah menggerakkan Langkah untuk menangani Masaalah Kewangan kebanyakan Negara Dunia di dalam Kemelesetan Ekonomi Negara masing-masing.
·                     Dan Fenomena Kenaikan Harga Emas ini tidak akan berlangsung lama dan akan kembali ke paras Nilai Pasaran Normal apabila negara-negara yang bermasaalah telah dapat mengatasi masaalah Kewangan mereka.
·                     Dan Negara-Negara ini akan melakukan Pembelian semula Emas untuk di jadikan sebagai SIMPANAN KHAS apabila Kemampuan Kewangan negara masing-masing pulih sepenuh nya.
·                     Dimana pada Waktu-Waktu tersebut Nilai Emas akan lebih Rendah daripada kebiasaan sebagai Langkah untuk mendorong Negara-Negara yang terlibat untuk membeli dengan Jumlah yang banyak.



IMBAS KEMBALI
·                     Seawal Bulan June 2001 Negara Korea Selatan telah melakukan Pembelian Emas secara Agresif selepas mereka pulih dari KERUNTUHAN Ekonomi negara pada Tahun 1997-1998
·                     Langkah Bank Pusat Korea Selatan membeli 25 Ton Emas telah menunjukkan bahawa Aktiviti membantu memulihkan Ekonomi Negara-Negara Terjejas telah di mulakan lebih awal.
·                     Dimana langkah Negara Korea Selatan ini dapat di fahami bahawa mereka melakukan Tanggung Jawap Moral untuk membantu Negara-Negara lain yang terjejas dengan Kemelesetan Ekonomi pada hari ini sepertimana yang di alami oleh mereka pada tahun 1997-1998.


JANGAN TERGESA-GESA MENGHABISKAN WANG
·                     Kepada Individu yang berjaya menjual Simpanan Emas mereka dengan Harga Terkini, di nasihatkan agar jangan membelanjakan Keuntungan yang di terima secara membuta tuli.
·                     Sebaik nya ialah dengan melakukan Perancangan untuk membeli Pembelian Logam-Logam Berharga yang lain di dalam Nilai yang lebih Rendah dari Pasaran sebagai Langkah untuk menunggu Nilai Emas terkini menurun kepada Kadar yang lebih Rendah.
·                     Jika Perancangan yang teliti tidak di lakukan, maka anda akan mengalami Kerugian yang bercorak Kekal apabila Modal untuk Pembelian Emas seperti yang di peruntukkan hilang di belanjakan kepada perkara-perkara yang tidak menguntungkan.

Monday 8 August 2011

SELAMAT BERPUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Assalamualaikum


Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK BAGI TAHUN 1432H" kepada muslimin dan muslimat tidak kira dimana jua anda berada. 

Terlalu agak lama saya tidak "update" blog ni kerana kesibukan tugas hakiki n bisnes emas ni...sempena bulan yang penuh keberkatan dan rahmat ini, marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan dan sedekah jariah.


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan  Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt;

Surah Al-Baqarah:183

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)

Saya menyeru kepada diri saya dan sahabat-sahabat sekalian, sempena bulan penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama menghayati dengan penuh keinsafan dan muhasabah diri kita, sama ada kita masih berpeluang untuk menghadapi Ramadhan pada tahun hadapan? Kita mengharapkan segala amalan dan amal ibadat kita di terima oleh Allah SWT....Insya Allah.

Wallahu a'lam


Tuesday 21 June 2011

Apakah itu Dinar Kelantan?

Dinar Kelantan adalah koin emas syariah yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Dinar Kelantan mula diperkenalkan pada September 2006 dengan dominasi ¼, ½ dan 1 dinar.Nilai semasa untuk dominasi-dominasi tersebut ialah RM99.38, RM176.76 dan RM332.25. Sempena menyambut ulang tahun hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang ke-57; dinar Kelantan berdenominasi 2 dinar telah diperkenalkan pada Julai 2007.
Pada 12Ogos 2010, Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan koin-koin Dinar Kelantan dengan corak yang baru dalam dominasi ½ , 1, 2, 5 dan 8 dinar dengan harga semasa RM290.50, RM581, RM1162, RM2905 dan RM4648 masing-masing.
Apakah itu Dirham Kelantan?
Dirham Kelantan ialah koin perak syariah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ianya mula diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 dalam dominasi 1, 2, 5, 10 dan 20 dengan harga semasa RM13, RM26, RM65, RM130 dan RM260 masing-masing.
Apakah Kegunaan Dinar dan Dirham Kelantan?
Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk menyempurnakan ibadah zakat, bayaran mas kahwin, simpanan dan hadiah. Ianya juga boleh berfungsi sebagai medium pertukaran sukarela untuk barangan atau pun perkhidmatan.


Dimanakah boleh diperolehi koin Dinar dan Dirham Kelantan?
Sila rujuk laman web DinarKel untuk maklumat lanjut.


Dimanakah Dinar danDirham Kelantan boleh dibelanjakan?
Sila rujuk laman web DinarKel untuk maklumat lanjut atau lihat pedagang yang mempamerkan logo “Kami Terima Dinar dan Dirham”.


Apa kaitan Dinar danDirham Kelantan sebagai matawang Syariah?
Dinar dan Dirham Kelantan dikatakan matawang syariah kerana ianya halal menurut syarak. Dinar dan Dirham Kelantan menggunakan Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab. Piawaian ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagai berat 7 koin 1 dinar bersamaan dengan berat 10 koin 1 dirham. Secara amnya berat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%); manakala 1 koin dirham bersamaan 2.975g perak tulen.


Benarkah perkataan Dinar& Dirham ada di dalam Al Quran?

DINAR KELANTAN





DINAR EMAS 999 RABBANI












MEMBEKAL DAN MENJUAL EMAS














Kami pembekal dan penjual Emas Tulen 999 dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk Bar (1KG/100gram), Gelang/Rantai (50gram/100gram) dan Dinar. Jika ada yang berminat untuk membeli secara terus, Alhamdulillah stok kami masih banyak. Dan bagi yang memerlukan stok yang berterusan secara borong atau pukal, kami akan memberikan harga yang rendah di mana ianya boleh dirunding mengikut persetujuan bersama (tempahan minima ialah 1KG).


 PELABURAN EMAS MELALUI BANK 


Bagi individu yang berminat untuk melabur emas, kami mempunyai Kelab Emas (Gold Club) yang dapat membantu anda memperolehi Emas  999 dengan modal seminimum yang boleh. Apa yang pasti anda mempunyai aset serta pelaburan emas di atas nama anda sendiri di bank. Sebagai contoh jika harga semasa Emas 999 100gm pada waktu itu RM 16K, modal yang perlu anda keluarkan hanyalah RM6,600 sahaja. Segala urusan di bank dan hanya anda yang berhak menuntut keuntungan di atas kenaikan harga emas tersebut. Ianya pelaburan yang amat selamat.  Anda boleh mendapatkan segala penerangan yang lebih jelas dan boleh berbincang tentang apa sahaja kemusykilan. Pinjaman peribadi untuk membeli Emas juga disediakan bagi kakitangan kerajaan yang layak.



DINAR 

Jika sesebuah syarikat korporat, persatuan - persatuan,koperasi, kedai emas atau individu sendiri yang berminat untuk menempah dinar di atas acuan nama sendiri mengikut design yang anda inginkan, kami ada menyediakan perkhidmatan ini. Setiap tempahan minimum 235 keping dinar emas  999 seberat 4.25grm setiap keping. Kami akan memberi harga acuan yang rendah untuk yang pertama kalinya.

Wednesday 15 June 2011

" PENGURUSAN KEWANGAN MELALUI PERNIAGAAN DAN PERLABURAN EMAS ABAD KE - 21"



Smart Gold Managemant (SGM) akan menggadakan seminar seperti BERKAINTAN DENGAN PERLABURAN EMAS DI MALAYSIA seperti yang tertera di bawaht:




" PENGURUSAN KEWANGAN MELALUI
PERNIAGAAN DAN PERLABURAN EMAS ABAD 
KE - 21"




TARIKH : 17 JUN 2011 (JUMAAT)
MASA : 9.00MLM - 11.00 MLM
TEMPAT : SUTERA INN
JALAN DUSUN MUDA
OFF JALAN BAYAM
15200 KOTA BHARU
KELANTAN.




SEMUA DI JEMPUT HADIR


MASUK ADALAH PERCUMA!!!!



Followers

KISAH PARA SAHABAT RADHIYALLAHU 'ANHUM

Kisah Sahabat