Kitco Live GOLD

HARGA EMAS SEMASA

2 5

Sunday 24 April 2011

Hari Ini Dalam Sejarah......!




HARGA EMAS TERTINGGI DALAM SEJARAH

Amat beruntung orang yang menyimpan emas. Harga emas telah berada pada paras tertinggi. berikut adalah harga emas yg disyorkan oleh Federation Of Goldsmith And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)

Emas 999 : RM172/g
Emas 916: RM162/g
Emas 835 : RM148/g
Emas 750:RM133/g
Emas 375: RM72/g
Last Update 13 April 2011
simpanan emas menjamin masa depan

Kebenaran Dari Bank Negara



KEBENARAN BERNIAGA EMAS OLEH BANK NEGARA MALAYSIA

Tuan,

Kami merujuk kepada emel tuan bertarikh 13 Februari 2011 mengenai perkara di atas.
Kami ingin memaklumkan bahawa aktiviti membeli atau menjual emasbukanlah di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (Bank). Sehubungan dengan ini, tiada lesen khas atau kebenaran untuk berniaga emas diperlukan daripada Bank.

Walau bagaimanapun, kami ingin menasihati pihak tuan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan berbentuk emas yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur. Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (ABIK). Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang.

Sekiranya tuan melabur di sini, sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri. Kami mengesyorkan agar tuan hanya melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja.
Untuk kemudahan tuan mengenal pasti sama ada sesebuah institusi kewangan/syarikat itu berlesen dengan Bank atau sebaliknya, sila rujuk senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh Bank di laman web kami seperti di pautan berikut:

Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam laman web kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh Bank untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan.

Sekiranya tuan mempunyai maklumat berkenaan pengambilan deposit secara haram ataupun urusniaga wang asing secara haram, atau mangsa kepada aktiviti atau penipuan tersebut, hantarkan maklumat terperinci atau aduan beserta dokumen-dokumen sokongan ke Bank di alamat berikut:

Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faks: 03-26987467

Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan isu-isu kewangan untuk makluman.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layari

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful,
sila layari

Terima kasih.
Fadhilah bt Zainal Abidin
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my
simpanan emas menjamin masa depan

Bagaimana perkiraan Ar-Rahnu dilakukan


                     Assalamualaikum kepada para sahabat, rakan bisnes yang menceburi bidang perniagaan emas dan juga yang bakal bergelar usahawan emas....hehehehehe!

Mungkin kita sedia maklum dan juga telah mengetahui sistem pajak gadai Islam yang amat banyak kat Malaysia ni...Tak sah jika kita memiliki emas dan tidak pernah mencuba menggadai emas. Rugi sangat2 tu. Tak cuba manalah nak tahu kemanisan menyimpan emas. Hehe

Andaikan anda mempunyai 180 gram emas jongkong 999 / 24 karat dan memajakkan emas anda di Ar-Rahnu Agrobank.
Pertama
Teliti semula jadual Ar-Rahnu Agrobank dibawah
Kedua
Anggaran nilai yang boleh dipajakkan segram emas yang anda miliki adalah tidak tetap dan berubah. Anda boleh merujuk diwebsite http://www.fgjam.org.my/ sebelum anda menuju ke Ar-Rahnu atau anda sendiri boleh menelefon pegawai Ar-Rahnu cawangan berkenaan.
Ketiga
Katakan pada hari itu, harga emas 999 adalah RM159 per gram. Ini bermaksud nilai marhum anda ialah RM 28620. ( 180 gram X RM159 / gram = 28620 )
Keempat
Anda tentukan berapakah peratus pembiayaan yang anda inginkan.  Katakan anda memilih untuk melakukan pinjaman sebanyak 70%. Maka pinjaman adalah RM20034( 70% X RM 28620 )
Kelima
Upah simpan anda =  ( Nilai marhum / 100 ) X RM0.75
= ( RM28638 / 100 ) X RM0.75
= RM214.8 sebulan atau RM 1288.71 untuk 6 bulan.
Keenam
Ansuran bulanan ialah RM20034 / 6 bulan  = RM3339 atau anda juga diberi pilihan untuk menyelesaikan sekaligus RM20034 sewaktu penebusan.
Ketujuh
Pada bulan ke 6 jumlah yang perlu anda bayar untuk menebus semula 180g emas adalah sebanyak RM20034 + RM1288.71 = RM21322.71.
Hmmm, bagaimana mudah bukan ?
Perbincangan
1. Upah simpan dikira berdasarkan jumlah marhum bukan jumlah pinjaman anda.
2. Ansuran pinjaman boleh dijelaskan secara bulanan tetapi upah simpan akan dijelaskan pada tempoh akhir pajakan anda iaitu ketika anda ingin menebus semula emas anda
3. Anda boleh menebus emas anda kurang dari 6 bulan dan upah simpan akan dikenakan berdasarkan jumlah bulan yang anda pinjam. Itulah sebabnya upah simpan hanya dibayar pada waktu penebusan emas.  Sekiranya anda menebus pada bulan ke 3 upah simpan dikenakan adalah 3 X RM214.80 = RM644.40.
4. Tindakan pajak yang paling bijak adalah mengurus pinjaman anda supaya mendapat lebihan untung yang lebih baik dari upah simpan yang dikenakan.
5. Untuk lebih hebat, khas untuk pembaca emasfairuz.com pastikan anda melabur semula ke pelaburan yang mampu memberi ROI lebih besar dari 0.75 % X 6 = 4.5 %. Mudah bukan. Keuntungan anda pastinya berganda-ganda ( $$_$$ ). Hehe

Monday 4 April 2011

Perlancaran Emas 1 World

Pada 1 Mac 2011

Bertindaklah dari sekarang.......
Pasti akan merubah masa depan anda.,....?



cantik kan..
certificate emas

de 10 keping so 1 KG nie beb..

nah amik nie..

muke depan 

belakang

Faktor turun naik harga emas

Kenaikan harga emas pada pasaran tempatan dan luar negara lazimnya dikaitkan dengan 3 faktor utama seperti di bawah, bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan emas, anda bolehlah lihat bagaimana berikut boleh mengubah harga pasaran emas semasa.
Faktor Pertama ialah penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.
Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.
Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan. Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita. Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.
funny gold 105x106 Faktor turun naik harga emasPada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.
Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank atau Maybanktetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas

Pelaburan Emas vs ASB vs Unit Amanah


Kenaikan harga emas yang konsisten setiap hari mungkin menarik minat ramai pelabur untuk memilih emas sebagai salah satu pilihan didalam portfolio pelaburan mereka, pelaburan yang sihat adalah pelaburan pada jangka masa sederhana dan panjang, walaupun harga emas naik secara berterusan, ia sebenarnya tidaklah memberi pulangan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat kecuali keajaiban secara tiba-tiba berlaku (krisis, bencana, perang , kekurangan minyak, kejatuhan ekonomi US, biasanya akan menaikkan harga emas) , seperti juga pelaburan ASB, unit amanah atau Bank Rakyat, pelaburan emas memerlukan suatu tempoh masa untuk ia naik dan boleh dijual bagi mendapat pulangan yang lumayan. Jika disimpan selama mungkin pun, harga emas akan kekal naik.
Pelaburan pasif yang lain seperti ASB, Tabung Haji ataupun di Bank Rakyat adalah bentuk pelaburan yang popular di Malaysia. Rata-rata mereka yang berduit mempunyai akaun didalam setiap pelaburan yang disebut diatas. Kami di hargaemas cuba membawa anda untuk satu pilihan/option/medium pelaburan yang sebenarnya sudah lama tetapi semakin popular dari sehari ke sehari ia itu BELI, SIMPAN dan JUAL EMAS.
Sebelum anda berfikir untuk memulakan pelaburan emas, selidik dahulu berapa simpanan anda ada sekarang, lihat simpanan di akaun ASB, di tabung haji dan pelbagai pelaburan yag lain dan tuliskan di kertas “saya ada RM________ di ASB, saya ada RM_______ di Tabung Haji dan saya ada RM ______ di Unit Amanah, bagi mengetahui berapa simpanan semasa anda. Setelah meneliti simpanan yang ada, baru anda boleh tentukan berapa cash anda boleh melabur didalam emas.
Seterusnya kita bandingkan pulangan bagi setiap pelaburan
1) Tabung Haji – pelaburan di Tabung Haji memberi pulangan dividen sekitar 4-5% setahun, diluluskan oleh syara’ dan mudah untuk potongan gaji, boleh dikeluarkan pada bila2 masa waktu bekerja dan sebagai persedian untuk melaksanakan ibadah haji bagi org muslim.
2) ASB – Unit amanah saham yang diuruskan oleh PNB kebiasaanya memberi pulangan dividen sebanyak 5-8% setahun, mudah untuk potongan gaji, boleh dikeluarkan pada bila2 masa waktu bekerja di banyak tempat dan ada juga bank menawarkan pinjaman untuk pelaburan ASB.
3) Bank Rakyat – Salah satu pelaburan pasif yang membeli dividen yang tinggi setiap tahun sekitar ~15% tetapi terhad dan sukar untuk menjadi ahli.
4) Unit Amanah – Pelaburan pasif dan sederhana dengan pulangan 10-15% setahun samada dalam bentuk dividen, bonus dan capital gain, memberi lebih banyak pilihan dana, diuruskan oleh konsultan untuk keluar masuk tunai dalam tempoh masa tertentu hari bekerja, dan pelabur boleh menggunakan wang kwsp untuk melabur disini.
Setelah meneliti semua bentuk pelaburan diatas dari segi pulangan, kelebihan dan sebagainya, mari kita melihat prestasi pelaburan emas sebagai salah satu pilihan didalam portfolio pelaburan pelabur.
1) Berapa pulangan/keuntungan emas setiap tahun?
One year Pelaburan Emas vs ASB vs Unit Amanah
Sepanjang 2010, harga emas naik sebanyak 34.13% setahun. Jika dilihat dari untuk tempoh masa yang lama, contohnya graf 10 tahun dibawah, harga emas adalah konsisten naik melebihi 450%.
10 year Pelaburan Emas vs ASB vs Unit Amanah
sumber: goldprice.org
Pelaburan emas adalah mudah, BELI, SIMPAN dan JUAL dimana-mana sahaja dimuka bumi, walaupun ketika krisis perang, kemarau, bencana, bank ditutup, pelabur masih boleh menjual emas untuk mendapatkan barang keperluan ataupun keluar dari rantau yang dilanda bergolak.
2) Berapakah bentuk pelaburan emas?  Ada beberapa bentuk pelaburan emas, yang popular (1) biasanya adalah secara fizikal iaitu dengan membeli emas 999 (24karat) samada dalam bentuk rantai, jongkong, dinar ataupun wafer. (ii) Ada juga beberapa bank menawarkan pelaburan emas dalam bentuk unit, dimana pelabur boleh membeli emas dalam bentuk unit dan diberikan buku akaun.Dana pelaburan tersebut akan diniagakan mengikut harga jual beli emas semasa. Bagaimanapun pelaburan emas fizikal lebih popular kerana boleh dijual beli pada bila2 masa malah pelabur boleh meniagakan emas mereka dan ditukar hakmilik dengan mudah.
3) Bagaimana untuk memastikan pelaburan emas fizikal lebih selamat? Jika pelabur membeli emas dalam kuantiti yang besar, dan bimbang jika rumah dimasuki, Ada banyak bank yang menyediakan perkhidmatan Peti Simpanan Deposit dengan harga yang rendah dan mampu milik sekitar rm70/Tahun. (click disini)
4) Apakah kelebihan pelaburan emas lagi? Kami senaraikan 30 kelebihan melabur dan menyimpan emas didalam artikel terdahulu, sila rujuk disini (click here)
5) Bagaimana untuk mendapatkan emas pada harga lebih rendah? jika anda membaca artikel ini, harga emas menawarkan diskaun harga emas sebanyak 2.0% untuk gold bar dan barangan kemas, beli sekarang.....!

Emas 1 Perlaburan yg amat MENGUNTUNGKAN!

PERLABURAN EMAS


1. Emas dan perak adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas dan perak disarankan sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun.
2. Di dalam pelaburan emas dan perak, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang. Beli emas dan perak dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.
3. Sebagai komoditi, harga emas dan perak sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan meningkat naik.
4. Pelaburan emas dan perak tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas dan perak bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas dan perak…. Ya!!!!!!!! Anda kena melabur sambil berniaga emas dan perak..
5. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan pulangan lumayan jika anda melabur emas dengan syarikat mereka (contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan). Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.
6. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas dan perak akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca laman-laman web yang berkenaan emas dan perak.
Contohnya ialah:
i. Kitco (http://www.kitco.com/)
ii. The Bullion Desk (http://www.thebulliondesk.com/)
iii. Goldsilver.com (http://www.goldsilver.com/)
iv. Mineweb (http://www.mineweb.com/)
v. Casey Research (http://www.caseyresearch.com/)
vii. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/)
viii. World Gold Council (http://www.gold.org/)
Untuk pengetahuan semua,harga emas sedang mendaki tinggi sejak beberapa minggu yang lalu kelihatan sedang membuat Retracement dan mungkin juga disebabkan kejadian Tsunami yang melanda Jepun pada jumaat yang lalu membuatkan harga turun seketika sebelum ianya kembali mendaki semula ketika dipasaran New York dibuka.
Saya menjangkakan pendakian emas akan berterusan sebaik sahaja pasaran dibuka pada hari isnin 14 Mac ini.

Saya juga menjangkakan akhibat dari bencana alam yang berlaku di Jepun ketika ini,permintaan terhadap komoditi terutamanya gold and Silver akan meningkat.
Kepada yang ingin menambah stok ataupun mendaftar dealer baru,saya mencadangkan agar membuat Locking Price pada hari ini.Kepada sesiapa yang ingin mendaftar sebagai ejen dibawah rangkaian saya,anda boleh menghubungi saya ditalian 013-7989487…moga jumpa lagi di posts yg akan dtg…ingat emas…ingat barakahemas999.com…terima kasih…

sila rujuk  http://www.barakahemas999.com

Followers

KISAH PARA SAHABAT RADHIYALLAHU 'ANHUM

Kisah Sahabat