Kitco Live GOLD

HARGA EMAS SEMASA

2 5

Thursday 10 March 2011

Sekadar Renungan


        Alhamdullilah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi dipinjamkan nafas ini untuk terus menyedut oksigenNya tanpa bayaran walaupun sesen...Adakah kita sebagai hambaNya sentiasa bersyukur dan muhasabah diri bahawa betapa kerdilnya kita disisi Maha Pencipta Rabbul Jalil.

Pada hari ini, baru saya berpeluang untuk mencoret didalam blog yang tidak seberapa ini disebabkan kenkangan tugas dan tanggungjawab yang sentiasa bertambah. Sebagai seorang insan dan makhluk Allah kita tidak dapat lari daripada memegang amanah, tidak kiralah amanah itu besar ataupun kecil. 

Terlintas dihati kecil saya, betapa besarnya ni'mat kurnian Ilahi kepada kita. Apabila direnung, difikir dan diteliti teramatlah banyak rezeki dan ni'mat yang Allah SWT berikan kepada kita. Tapi yang menjadi persoalannya, adakah kita termasuk dikalangan orang-orang yang sentiasa bersyukur? Sama-samalah kita renung dan muhasabah diri, dimanakah kedudukan kita......?

Marilah kita sama-sama menjadi orang yang bersyukur atas segala ni'mat dan kurnian yang tidak ternilai dan tidak akan sama sekali kita dapat membalasnya.

Ingatlah, bahawa janji Allah SWT itu amat pasti. Barangsiapa bersyukur dengan ni'mat dan kurnia yang diberikan kepadanya, maka Allah SWT akan menambahkan lagi ni'mat kepada mereka.

Sebaliknya barang siapa yang kufur atau tidak mensyukuri ni'mat itu, maka sesungguhnya azab Allah amatlah pedih.

-Sekadar renungan dan saling ingat mengingati sesama kita, semoga kita terdiri dikalangan hamba-hambaNya yang sentiasa menurut perintahNYa dan meninggalkan segala laranganNya-

Followers

KISAH PARA SAHABAT RADHIYALLAHU 'ANHUM

Kisah Sahabat