Kitco Live GOLD

HARGA EMAS SEMASA

2 5

Sunday 24 April 2011

Bagaimana perkiraan Ar-Rahnu dilakukan


                     Assalamualaikum kepada para sahabat, rakan bisnes yang menceburi bidang perniagaan emas dan juga yang bakal bergelar usahawan emas....hehehehehe!

Mungkin kita sedia maklum dan juga telah mengetahui sistem pajak gadai Islam yang amat banyak kat Malaysia ni...Tak sah jika kita memiliki emas dan tidak pernah mencuba menggadai emas. Rugi sangat2 tu. Tak cuba manalah nak tahu kemanisan menyimpan emas. Hehe

Andaikan anda mempunyai 180 gram emas jongkong 999 / 24 karat dan memajakkan emas anda di Ar-Rahnu Agrobank.
Pertama
Teliti semula jadual Ar-Rahnu Agrobank dibawah
Kedua
Anggaran nilai yang boleh dipajakkan segram emas yang anda miliki adalah tidak tetap dan berubah. Anda boleh merujuk diwebsite http://www.fgjam.org.my/ sebelum anda menuju ke Ar-Rahnu atau anda sendiri boleh menelefon pegawai Ar-Rahnu cawangan berkenaan.
Ketiga
Katakan pada hari itu, harga emas 999 adalah RM159 per gram. Ini bermaksud nilai marhum anda ialah RM 28620. ( 180 gram X RM159 / gram = 28620 )
Keempat
Anda tentukan berapakah peratus pembiayaan yang anda inginkan.  Katakan anda memilih untuk melakukan pinjaman sebanyak 70%. Maka pinjaman adalah RM20034( 70% X RM 28620 )
Kelima
Upah simpan anda =  ( Nilai marhum / 100 ) X RM0.75
= ( RM28638 / 100 ) X RM0.75
= RM214.8 sebulan atau RM 1288.71 untuk 6 bulan.
Keenam
Ansuran bulanan ialah RM20034 / 6 bulan  = RM3339 atau anda juga diberi pilihan untuk menyelesaikan sekaligus RM20034 sewaktu penebusan.
Ketujuh
Pada bulan ke 6 jumlah yang perlu anda bayar untuk menebus semula 180g emas adalah sebanyak RM20034 + RM1288.71 = RM21322.71.
Hmmm, bagaimana mudah bukan ?
Perbincangan
1. Upah simpan dikira berdasarkan jumlah marhum bukan jumlah pinjaman anda.
2. Ansuran pinjaman boleh dijelaskan secara bulanan tetapi upah simpan akan dijelaskan pada tempoh akhir pajakan anda iaitu ketika anda ingin menebus semula emas anda
3. Anda boleh menebus emas anda kurang dari 6 bulan dan upah simpan akan dikenakan berdasarkan jumlah bulan yang anda pinjam. Itulah sebabnya upah simpan hanya dibayar pada waktu penebusan emas.  Sekiranya anda menebus pada bulan ke 3 upah simpan dikenakan adalah 3 X RM214.80 = RM644.40.
4. Tindakan pajak yang paling bijak adalah mengurus pinjaman anda supaya mendapat lebihan untung yang lebih baik dari upah simpan yang dikenakan.
5. Untuk lebih hebat, khas untuk pembaca emasfairuz.com pastikan anda melabur semula ke pelaburan yang mampu memberi ROI lebih besar dari 0.75 % X 6 = 4.5 %. Mudah bukan. Keuntungan anda pastinya berganda-ganda ( $$_$$ ). Hehe

No comments:

Post a Comment

Followers

KISAH PARA SAHABAT RADHIYALLAHU 'ANHUM

Kisah Sahabat