Kitco Live GOLD

HARGA EMAS SEMASA

2 5

Monday 8 August 2011

SELAMAT BERPUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Assalamualaikum


Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK BAGI TAHUN 1432H" kepada muslimin dan muslimat tidak kira dimana jua anda berada. 

Terlalu agak lama saya tidak "update" blog ni kerana kesibukan tugas hakiki n bisnes emas ni...sempena bulan yang penuh keberkatan dan rahmat ini, marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan dan sedekah jariah.


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan  Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt;

Surah Al-Baqarah:183

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)

Saya menyeru kepada diri saya dan sahabat-sahabat sekalian, sempena bulan penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama menghayati dengan penuh keinsafan dan muhasabah diri kita, sama ada kita masih berpeluang untuk menghadapi Ramadhan pada tahun hadapan? Kita mengharapkan segala amalan dan amal ibadat kita di terima oleh Allah SWT....Insya Allah.

Wallahu a'lam


Followers

KISAH PARA SAHABAT RADHIYALLAHU 'ANHUM

Kisah Sahabat