Kitco Live GOLD

HARGA EMAS SEMASA

2 5

Tuesday 21 June 2011

Apakah itu Dinar Kelantan?

Dinar Kelantan adalah koin emas syariah yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Dinar Kelantan mula diperkenalkan pada September 2006 dengan dominasi ¼, ½ dan 1 dinar.Nilai semasa untuk dominasi-dominasi tersebut ialah RM99.38, RM176.76 dan RM332.25. Sempena menyambut ulang tahun hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang ke-57; dinar Kelantan berdenominasi 2 dinar telah diperkenalkan pada Julai 2007.
Pada 12Ogos 2010, Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan koin-koin Dinar Kelantan dengan corak yang baru dalam dominasi ½ , 1, 2, 5 dan 8 dinar dengan harga semasa RM290.50, RM581, RM1162, RM2905 dan RM4648 masing-masing.
Apakah itu Dirham Kelantan?
Dirham Kelantan ialah koin perak syariah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ianya mula diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 dalam dominasi 1, 2, 5, 10 dan 20 dengan harga semasa RM13, RM26, RM65, RM130 dan RM260 masing-masing.
Apakah Kegunaan Dinar dan Dirham Kelantan?
Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk menyempurnakan ibadah zakat, bayaran mas kahwin, simpanan dan hadiah. Ianya juga boleh berfungsi sebagai medium pertukaran sukarela untuk barangan atau pun perkhidmatan.


Dimanakah boleh diperolehi koin Dinar dan Dirham Kelantan?
Sila rujuk laman web DinarKel untuk maklumat lanjut.


Dimanakah Dinar danDirham Kelantan boleh dibelanjakan?
Sila rujuk laman web DinarKel untuk maklumat lanjut atau lihat pedagang yang mempamerkan logo “Kami Terima Dinar dan Dirham”.


Apa kaitan Dinar danDirham Kelantan sebagai matawang Syariah?
Dinar dan Dirham Kelantan dikatakan matawang syariah kerana ianya halal menurut syarak. Dinar dan Dirham Kelantan menggunakan Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab. Piawaian ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagai berat 7 koin 1 dinar bersamaan dengan berat 10 koin 1 dirham. Secara amnya berat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%); manakala 1 koin dirham bersamaan 2.975g perak tulen.


Benarkah perkataan Dinar& Dirham ada di dalam Al Quran?

DINAR KELANTAN





DINAR EMAS 999 RABBANI












MEMBEKAL DAN MENJUAL EMAS














Kami pembekal dan penjual Emas Tulen 999 dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk Bar (1KG/100gram), Gelang/Rantai (50gram/100gram) dan Dinar. Jika ada yang berminat untuk membeli secara terus, Alhamdulillah stok kami masih banyak. Dan bagi yang memerlukan stok yang berterusan secara borong atau pukal, kami akan memberikan harga yang rendah di mana ianya boleh dirunding mengikut persetujuan bersama (tempahan minima ialah 1KG).


 PELABURAN EMAS MELALUI BANK 


Bagi individu yang berminat untuk melabur emas, kami mempunyai Kelab Emas (Gold Club) yang dapat membantu anda memperolehi Emas  999 dengan modal seminimum yang boleh. Apa yang pasti anda mempunyai aset serta pelaburan emas di atas nama anda sendiri di bank. Sebagai contoh jika harga semasa Emas 999 100gm pada waktu itu RM 16K, modal yang perlu anda keluarkan hanyalah RM6,600 sahaja. Segala urusan di bank dan hanya anda yang berhak menuntut keuntungan di atas kenaikan harga emas tersebut. Ianya pelaburan yang amat selamat.  Anda boleh mendapatkan segala penerangan yang lebih jelas dan boleh berbincang tentang apa sahaja kemusykilan. Pinjaman peribadi untuk membeli Emas juga disediakan bagi kakitangan kerajaan yang layak.



DINAR 

Jika sesebuah syarikat korporat, persatuan - persatuan,koperasi, kedai emas atau individu sendiri yang berminat untuk menempah dinar di atas acuan nama sendiri mengikut design yang anda inginkan, kami ada menyediakan perkhidmatan ini. Setiap tempahan minimum 235 keping dinar emas  999 seberat 4.25grm setiap keping. Kami akan memberi harga acuan yang rendah untuk yang pertama kalinya.

Followers

KISAH PARA SAHABAT RADHIYALLAHU 'ANHUM

Kisah Sahabat