Kitco Live GOLD

HARGA EMAS SEMASA

2 5

Thursday, 10 March 2011

Sekadar Renungan


        Alhamdullilah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi dipinjamkan nafas ini untuk terus menyedut oksigenNya tanpa bayaran walaupun sesen...Adakah kita sebagai hambaNya sentiasa bersyukur dan muhasabah diri bahawa betapa kerdilnya kita disisi Maha Pencipta Rabbul Jalil.

Pada hari ini, baru saya berpeluang untuk mencoret didalam blog yang tidak seberapa ini disebabkan kenkangan tugas dan tanggungjawab yang sentiasa bertambah. Sebagai seorang insan dan makhluk Allah kita tidak dapat lari daripada memegang amanah, tidak kiralah amanah itu besar ataupun kecil. 

Terlintas dihati kecil saya, betapa besarnya ni'mat kurnian Ilahi kepada kita. Apabila direnung, difikir dan diteliti teramatlah banyak rezeki dan ni'mat yang Allah SWT berikan kepada kita. Tapi yang menjadi persoalannya, adakah kita termasuk dikalangan orang-orang yang sentiasa bersyukur? Sama-samalah kita renung dan muhasabah diri, dimanakah kedudukan kita......?

Marilah kita sama-sama menjadi orang yang bersyukur atas segala ni'mat dan kurnian yang tidak ternilai dan tidak akan sama sekali kita dapat membalasnya.

Ingatlah, bahawa janji Allah SWT itu amat pasti. Barangsiapa bersyukur dengan ni'mat dan kurnia yang diberikan kepadanya, maka Allah SWT akan menambahkan lagi ni'mat kepada mereka.

Sebaliknya barang siapa yang kufur atau tidak mensyukuri ni'mat itu, maka sesungguhnya azab Allah amatlah pedih.

-Sekadar renungan dan saling ingat mengingati sesama kita, semoga kita terdiri dikalangan hamba-hambaNya yang sentiasa menurut perintahNYa dan meninggalkan segala laranganNya-

Wednesday, 23 February 2011

Nabi Muhammad SAW bersabda wajib disegerakan 9 perkara.



1.Apabila masuk waktu segera sembahyang
2.Apabila berdosa segera taubat
3.Apabila mati, segera tanam
4.Apabila berhutang, segera bayar.
5.Apabila ada duit, segera bayar zakat.
6.Apabila cukup hisab, segera pergi haji.
7.Apabila nampak anak bulan, segera puasa.
8.Apabila bersetubuh, segera mandi.
9.Aapabila anak cukup umur, apabila ada orang minta segera nikahkan.


Orang yang meninggalkan sembahyang dan orang yang meringankan sembahyang disiksa 15 perkara iaitu 6 perkara didunia, 3 perkara dikala hendak mati, 3 perkara di alam kubur dan 3 perkara apabila bertemu dengan Allah.


1.Hidupnya (umur) tidak berkat


2.Mengaku sahaja Islam, tapi sering meninggalkan sembahyang dan melewatkan waktu, perkara ini ditanya oleh sahabat nabi berhubung dengan perkara tersebut di atas.


“YA Rasullallah, apakah seksa orang yang meninggalkan sembahyang dan melewatkan sembahyang.


Orang yang melewatkan sembahyang itu hukumnya haram berdosa.


Seksa orang itu, Allah taala akan membalasnya dengan 15 seksa iaitu:-


Sunday, 20 February 2011

Ceramah Maulidur Rasul SAW





Sempena bulan sambutan Maulidur Rasul SAW, tidak ketinggalan juga IPD Daerah Hulu Terengganu akan mengagadakan ceramaH bertajuk 

" MUHAMMAD SAW PENTADBIR UNGGUL"   
                              
PADA : 21 RABIUL AWAL 1432H (24 FEBRUARI 2011M) 
MASA : 8.30 PG - 12.30 TGH
TEMPAT : BILIK MEDIA IPD, HULU TERENGGANUNGGANU
PENCERAMAH  : YBHG. WAN AZMAN BIN WAN ABDULLAH
                             PEGAWAI AGAMA YAYASAN TERENGGANU

Saturday, 19 February 2011

Salam Maulidur Rasul SAW 1432H / 2011M


Pengertian


Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang


Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama. 
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan. 
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah. 
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw. 
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H. 
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

welcome to the cyber world.....blogspot.com

my famili

Sepetang di zoo negara

Followers

KISAH PARA SAHABAT RADHIYALLAHU 'ANHUM

Kisah Sahabat