Kitco Live GOLD

HARGA EMAS SEMASA

2 5

Friday, 10 June 2011

HARGA EMAS


Our Buy & Sell Gold Price 13/6/11
Gold
Sell
Buy
1)  1 World
RM: 16,000
RM: 14,400
2)  Bracelet -Pasir
RM: 169.00 /gm
RM: 152.10 / gm
3)  Bracelet -Gajah
RM: 168.00 /gm
RM: 151.20 / gm
4)  Pamp Suisse
RM: 16,000
RM: 14,400
5)  Dinar Kelantan
RM: 700
RM: 630
6)  Dinar Rabbani
RM: 710
RM: 640
Ar-Rahnu (999 –24K)
13/6/2011
10/6/2011
1)  Bank Rakyat
RM: 176.49 /gm
RM: 175.63 / gm
2)  Agro Bank
RM: 176.50 /gm
RM: 176.50 / gm
Rujukan : www.1worldgold.com/
"Emas Adalah Satu Aset Penyimpan Nilai Yang Tinggi Tidak Seperti Mata Wang Yang Akan Susut Nilainya Dan Inflasi"

EMAS

PELABURAN EMAS MELALUI BANK 

Bracelet – Gajah
Bracelet – Pasir


Pamp Suisse


Bagi individu yang berminat untuk melabur emas, kami mempunyai Kelab Emas (Gold Club) yang dapat membantu anda memperolehi Emas  999 dengan modal seminimum yang boleh. Apa yang pasti anda mempunyai aset serta pelaburan emas di atas nama anda sendiri di bank. Sebagai contoh jika harga semasa Emas 999 100gm pada waktu itu RM 16K, modal yang perlu anda keluarkan hanyalah RM6,600 sahaja. Segala urusan di bank dan hanya anda yang berhak menuntut keuntungan di atas kenaikan harga emas tersebut. Ianya pelaburan yang amat selamat. Segala tunjuk ajar akan kami berikan pada setiap malam hari bekerja iaitu pada 9 malam di pejabat urusan kami. Anda boleh mendapatkan segala penerangan yang lebih jelas dan boleh berbincang tentang apa sahaja kemusykilan. Pinjaman peribadi untuk membeli Emas juga disediakan bagi kakitangan kerajaan yang layak.

DINAR 


Dinar Kelantan

Jika sesebuah syarikat korporat, persatuan - persatuan,koperasi, kedai emas atau individu sendiri yang berminat untuk menempah dinar di atas acuan nama sendiri mengikut design yang anda inginkan, kami ada menyediakan perkhidmatan ini. Setiap tempahan minimum 235 keping dinar emas  999 seberat 4.25grm setiap keping. Kami akan memberi harga acuan yang rendah untuk yang pertama kalinya.

Sunday, 8 May 2011

Selamat Labur Dalam Emas



MOHD ZARUDDIN...nilai emas sentiasa naik
MASYARAKAT tempatan terutama golongan wanita yang gemar menggunakan perhiasan berasaskan emas digalakkan supaya menjadikan hobi itu sebagai pelaburan utama memandangkan nilai bahan itu melonjak tinggi hampir setiap tahun.


Pengurus Kanan Operasi Runcit Habib Jewels Sdn Bhd, Mohd Zaruddin Mahmud berkata, naik turun nilai emas tidak terlalu terpengaruh jika berlaku inflasi dan hal itu menjadi faktor utama mendorong masyarakat untuk membeli emas dan membuat pelaburan.

“Melabur dalam aset ini adalah satu pelaburan yang selamat dan tidak akan terjejas walaupun situasi dunia sekarang yang sedang bergolak dan menghadapi masalah ketidaktentuan dalam kestabilan ekonomi,” katanya.
“Pelaburan emas yang menguntungkan ini adalah pelaburan jangka panjang. Jika beli emas sekarang, selepas lima hingga 10 tahun nilai emas akan naik,” katanya kini harga emas bernilai RM157 per gram.

Menurutnya, skim Ar- Rahnu yang diperkenalkan kepada orang ramai dilihat sebagai satu sistem cagaran yang baik selain bertujuan untuk memberi kebaikan kepada masyarakat cara pemajakan gadai secara berhemah.

Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggung apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan dimaklumkan mengenai barang gadaian yang terpaksa dijual dan jika harga jualan melebihi baki hutang, lebihan tersebut akan dikembalikan.

Habib Jewels yang turut memiliki kedai pajak Ar-Rahnu di bawah naungan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang memberi alternatif dan pulangan yang lebih tinggi kerana upah simpan yang dikenakan tidak melebihi 10 peratus dan menawarkan pinjaman tanpa faedah.

“Selalunya, kita akan bayar kadar faedah yang tinggi iaitu dua peratus sebulan untuk kedai konvensional pajak gadai sebanyak dua peratus, tetapi sekarang orang ramai dapat membayar upah simpan dengan kadar yang lebih rendah” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Emas di Malaysia’ pada Bengkel Korporat Muslimah, di Bangunan Felda, semalam.

Bengkel yang bertemakan ‘Kilauan Firdausi’ masuk tahun kedua hasil kerjasama antara Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Felda Holdings Berhad (Felda) itu turut memperkenalkan zakat emas kepada golongan sasaran pembayar zakat wanita yang bekerja di Felda Holdings.

Sumber : myMetro

Followers

KISAH PARA SAHABAT RADHIYALLAHU 'ANHUM

Kisah Sahabat